Posts

Pengenalan

Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (PPPM PT), terdapat penekanan terhadap salah satu daripada 10 lonjakan iaitu Graduan TVET berkualiti. Sebanyak EMPAT (4) strategi telah dikenalpasti untuk mengukur pencapaian lonjakan ini,dan salah satu daripada strategi tersebut ialah “Kurikulum Berlandaskan Industri”. Dalam menjayakan strategi ini, penyedia TVET (politeknik) akan melibatkan industri dalam menambah baik program sedia ada dan menjadikannya lebih relevan. Antara aktiviti penambahbaikan ini ialah penglibatan pengamal industri dalam proses pengajaran & pembelajaran (P&P) melalui aktiviti Pensyarah Pelawat Industri (PPI).  Perlaksanaan PPI ini membolehkan para pelajar memperolehi pengetahuan dan berkongsi pengalaman serta teknologi terkini secara terus dari pengamal industri samada di bilik kuliah atau di industri. Politeknik bebas melaksanakan aktiviti PPI berdasarkan bidang pengajian pelajar. Ini termasuk semua jenis kursus yang terkandung di dalam struktur pr
Recent posts